Rabu, 21
September 2016 @ 4:12 PM
Ahli perniagaan tak bayar GST diarah bayar RM195,835
Ahli perniagaan tak bayar GST diarah bayar RM195,835

Hakim N
Kanageswari, membuat keputusan itu terhadap Wong Sing Fei, 35, selepas menilai
notis tuntutan yang dikemukakan oleh JKDM berikutan kegagalan defendan membuat
bayaran antara 1 September hingga 31 Oktober tahun lalu.
Pegawai
Sivil JKDM Negeri Sembilan, Amirul Syafiq Mahadi, berkata pemilik syarikat
pemborong tekstil dan pakaian itu, WSF Trading, memfailkan Penyata GST (Penyata
GST-03) bagi tempoh bercukai Oktober dan November 2015 kepada plaintif secara
dalam talian menerusi 'TaxPayer Access Point' (TAP).
Bagaimanapun,
katanya, hingga 9 November tahun lalu, defendan
didapati gagal membuat pembayaran, mendorong pihaknya memfailkan notis
tuntutan pada 11 Ogos tahun ini.
"Hakim
yang membuat keputusan di dalam kamar memerintahkan defendan membayar semua
tuntutan yang JKDM kemukakan," katanya di sini, hari ini. Tuntutan JKDM
dikendalikan oleh Amirul Syafiq, manakala defendan tidak diwakili peguam.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/194761
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/194761
We at ZiCO Consultant provide the following services:-
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.
Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.
Best Regards,
ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-
Mr.King (010-800 1111)
Cik Lely (017-299 2268)
E mail : zico.con@gmail.com
No comments:
Post a Comment