Kastam serbu restoran Line Clear kerana gagal patuh Akta GST
Pegawai kastam menyiasat restoran Nasi Kandar Line
Clear susulan aduan pelanggan yang resit tidak dikeluarkan selepas
bayaran dibuat.
GEORGE TOWN: Restoran Nasi Kandar Line Clear yang terkenal di Penang
Road di sini diserbu pegawai kastam malam tadi susulan menerima aduan
daripada pelanggan yang restoran itu tidak mengeluarkan resit GST
(invois cukai).
Penolong Pengarah Kastam Pulau Pinang (Unit Pengesanan Registran, GST) Mohd Imran Mohd Roslan berkata pegawainya pergi ke restoran itu selepas menerima aduan yang resit tidak diberikan selepas membuat bayaran.
โRestoran itu nampaknya tidak ada rekod bagi semua transaksi mereka.
โMemandangkan restoran itu juga berdaftar untuk GST, kami akan menyiasat jika mereka mengelak membayar cukai,โ katanya.
Imran berkata rakaman kamera pengawasan di restoran itu dirampas sementara dokumen lain berkenaan siasatan itu turut diambil.
Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 kerana melakukan kesalahan berkaitan pengeluaran invois cukai.
Mereka yang disabitkan bersalah di bawah akta itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM30,000 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya.
Jurucakap restoran Line Clear, Madinah Lokman tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/06/kastam-serbu-restoran-line-clear/
We at ZiCO Consultant provide the following services:-
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.
Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.
Best Regards,
ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-
Mr.King (010-800 1111)
Cik Lely (017-299 2268)
E mail : zico.con@gmail.com
No comments:
Post a Comment