Syarikat
perkayuan diperintah bayar tuntutan GST
7 Oktober
2016
TANAH
MERAH - Mahkamah Majistret, di sini, semalam, memerintahkan sebuah syarikat
perkayuan membayar tuntutan cukai GST berjumlah RM68,021.40 secara rundingan
dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Keputusan
dibuat Majistret Mohd Isa Mohamed selepas mendapati saman sivil dikemukakan
JKDM Kelantan menunjukkan syarikat terbabit gagal melunaskan bayaran penuh
tuntutan GST dalam tempoh bercukai ditetapkan.
Syarikat
milikan tunggal, Perkayuan Era Baru yang beralamat di Kampung Banggol
Kemunting, dekat sini, didakwa gagal membuat bayaran penuh tuntutan GST bagi
tempoh bercukai dari 1 April 2015 hingga 30 Jun 2016.
Kegagalan
syarikat terbabit membayar GST yang dituntut selepas penyata dikemukakan kepada
JKDM bagi tempoh bercukai tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen
41(4) Akta GST 2014.
Justeru,
mengikut Seksyen 46(1) akta sama, tunggakan GST yang belum dibayar boleh
diperoleh sebagai satu hutang sivil kepada kerajaan dan boleh dibawa ke
mahkamah untuk penghakiman bagi amaun yang ditaksir.
Pendakwaan
dikendalikan Pegawai Pendakwa Sivil JKDM negeri, Mohd Andri Jamaluddin dan
dibantu Pegawai Penyiasat, Syed Nasrul Faiz Syed Mohamad, manakala syarikat
terbabit diwakili pemiliknya, Cheong Kok Keong.
Sementara
itu, Timbalan Pengarah Kastam Kelantan (Perkastaman/GST), Mohamad Said ketika
ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya memandang serius keengganan syarikat
atau pihak berdaftar di negeri ini membayar tuntutan GST.
"Menjadi
tanggungjawab syarikat atau orang berdaftar dengan JKDM menghantar penyata serta
membayar tuntutan GST mengikut tempoh bercukai masing-masing selaras Seksyen
41(1) Akta GST 2014.
"Mereka
boleh didakwa di mahkamah sekiranya gagal membayar cukai yang kena dibayar bagi
tempoh bercukai yang berkaitan,” katanya.
Dalam
perkembangan sama, Mohamad berkata, syarikat atau orang berdaftar yang masih
ada tunggakan cukai bagi 2015 lalu diberikan tempoh sehingga 31 Oktober ini
untuk menjelaskan bayaran.
Katanya,
sekiranya tunggakan GST itu gagal dibayar sebelum tarikh tersebut, pihak
terbabit boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM20,000.
"Bagi
tunggakan cukai untuk tahun ini (2016) pula, JKDM beri tempoh sehingga 31
Disember 2016 untuk jelaskan bayaran.
"Pengurangan
akan diberikan jika bayaran dibuat sebelum 31 Disember, manakala kompaun sehingga
RM25,000 akan dikenakan jika bayaran dibuat selepas tarikh tersebut,” jelasnya.
We at ZiCO Consultant provide the following services:-
Preparing GST Computation
Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
Review your Tax Code Mapping / GST System
Review GST Computation prepared by your staff
Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
Pre-Audit on GST summary
Advisory on GST / Customs
Appeal for refund/penalty/compound
Advisory on GST / Customs
and many more....
Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
Review your Tax Code Mapping / GST System
Review GST Computation prepared by your staff
Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
Pre-Audit on GST summary
Advisory on GST / Customs
Appeal for refund/penalty/compound
Advisory on GST / Customs
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.
Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.
Best Regards,
ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-
Mr.King (010-800 1111)
Cik Lely (017-299 2268)
E mail : zico.con@gmail.com
No comments:
Post a Comment