Jumaat, 30
September 2016 @ 5:15 PM
Bayar
tunggakan GST sebelum 31 Oktober
PUTRAJAYA:
Orang yang sudah layak berdaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
tetapi masih mempunyai tunggakan cukai tahun 2015 diberi tempoh hingga 31
Oktober ini untuk menjelaskan tunggakan cukai terbabit.
Ketua
Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad, menegaskan sekiranya gagal membayar
tunggakan cukai selepas 31 Oktober ini, orang berdaftar akan dikenakan tindakan
kompaun hingga maksimum RM20,000.
"Orang
berdaftar yang masih mempunyai tunggakan cukai bagi 2016 pula diberi tempoh
hingga 31 Disember ini untuk menjelaskan tunggakan cukai. "
Pengurangan
nilai kompaun akan diberikan sekiranya cukai dibayar sebelum 31 Disember 2016.
Kompaun
hingga maksimum RM25,000 akan dikenakan sekiranya pembayaran dibuat selepas 31
Disember tahun ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Khazali
berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan orang berdaftar GST
supaya sentiasa mematuhi dan membuat bayaran GST dalam tempoh ditetapkan untuk
mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber di : http://www.bharian.com.my/node/197625
Sumber di : http://www.bharian.com.my/node/197625
We at ZiCO Consultant provide the following services:-
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.
Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.
Best Regards,
ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-
Mr.King (010-800 1111)
Cik Lely (017-299 2268)
E mail : zico.con@gmail.com
No comments:
Post a Comment