GST INFO

Saturday 8 October 2016

AHLI PERNIAGAAN DI ARAH BAYAR GST RM195,835



Rabu, 21 September 2016 @ 4:12 PM

Ahli perniagaan tak bayar GST diarah bayar RM195,835


SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang pemilik syarikat membayar tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM195,835 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Hakim N Kanageswari, membuat keputusan itu terhadap Wong Sing Fei, 35, selepas menilai notis tuntutan yang dikemukakan oleh JKDM berikutan kegagalan defendan membuat bayaran antara 1 September hingga 31 Oktober tahun lalu.


Pegawai Sivil JKDM Negeri Sembilan, Amirul Syafiq Mahadi, berkata pemilik syarikat pemborong tekstil dan pakaian itu, WSF Trading, memfailkan Penyata GST (Penyata GST-03) bagi tempoh bercukai Oktober dan November 2015 kepada plaintif secara dalam talian menerusi 'TaxPayer Access Point' (TAP).

Bagaimanapun, katanya, hingga 9 November tahun lalu, defendan didapati gagal membuat pembayaran, mendorong pihaknya memfailkan notis tuntutan pada 11 Ogos tahun ini.

"Hakim yang membuat keputusan di dalam kamar memerintahkan defendan membayar semua tuntutan yang JKDM kemukakan," katanya di sini, hari ini. Tuntutan JKDM dikendalikan oleh Amirul Syafiq, manakala defendan tidak diwakili peguam.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/194761







We at ZiCO Consultant provide the following services:-

👉Preparing GST Computation
👉Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
👉Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
👉Review your Tax Code Mapping / GST System
👉Review GST Computation prepared by your staff
👉Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
👉Pre-Audit on GST summary
👉Advisory on GST / Customs
👉Appeal for refund/penalty/compound
👉Advisory on GST / Customs
👉
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.

Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.

Best Regards,

ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-

Mr.King (010-800 1111)
Cik Lely (017-299 2268)

              
E mail   : zico.con@gmail.com




No comments:

Post a Comment