GST INFO

Saturday 8 October 2016

SYARIKAT PERKAYUAN DIDAKWA KERANA GAGAL BAYAR GST RM68,021.40


Syarikat perkayuan diperintah bayar tuntutan GST

7 Oktober 2016


TANAH MERAH - Mahkamah Majistret, di sini, semalam, memerintahkan sebuah syarikat perkayuan membayar tuntutan cukai GST berjumlah RM68,021.40 secara rundingan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Keputusan dibuat Majistret Mohd Isa Mohamed selepas mendapati saman sivil dikemukakan JKDM Kelantan menunjukkan syarikat terbabit gagal melunaskan bayaran penuh tuntutan GST dalam tempoh bercukai ditetapkan.

Syarikat milikan tunggal, Perkayuan Era Baru yang beralamat di Kampung Banggol Kemunting, dekat sini, didakwa gagal membuat bayaran penuh tuntutan GST bagi tempoh bercukai dari 1 April 2015 hingga 30 Jun 2016.

Kegagalan syarikat terbabit membayar GST yang dituntut selepas penyata dikemukakan kepada JKDM bagi tempoh bercukai tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 41(4) Akta GST 2014.


Justeru, mengikut Seksyen 46(1) akta sama, tunggakan GST yang belum dibayar boleh diperoleh sebagai satu hutang sivil kepada kerajaan dan boleh dibawa ke mahkamah untuk penghakiman bagi amaun yang ditaksir.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Sivil JKDM negeri, Mohd Andri Jamaluddin dan dibantu Pegawai Penyiasat, Syed Nasrul Faiz Syed Mohamad, manakala syarikat terbabit diwakili pemiliknya, Cheong Kok Keong.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kastam Kelantan (Perkastaman/GST), Mohamad Said ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya memandang serius keengganan syarikat atau pihak berdaftar di negeri ini membayar tuntutan GST.

"Menjadi tanggungjawab syarikat atau orang berdaftar dengan JKDM menghantar penyata serta membayar tuntutan GST mengikut tempoh bercukai masing-masing selaras Seksyen 41(1) Akta GST 2014.
"Mereka boleh didakwa di mahkamah sekiranya gagal membayar cukai yang kena dibayar bagi tempoh bercukai yang berkaitan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamad berkata, syarikat atau orang berdaftar yang masih ada tunggakan cukai bagi 2015 lalu diberikan tempoh sehingga 31 Oktober ini untuk menjelaskan bayaran.

Katanya, sekiranya tunggakan GST itu gagal dibayar sebelum tarikh tersebut, pihak terbabit boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM20,000.
"Bagi tunggakan cukai untuk tahun ini (2016) pula, JKDM beri tempoh sehingga 31 Disember 2016 untuk jelaskan bayaran.

"Pengurangan akan diberikan jika bayaran dibuat sebelum 31 Disember, manakala kompaun sehingga RM25,000 akan dikenakan jika bayaran dibuat selepas tarikh tersebut,” jelasnya.





We at ZiCO Consultant provide the following services:-

👉Preparing GST Computation
👉Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
👉Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
👉Review your Tax Code Mapping / GST System
👉Review GST Computation prepared by your staff
👉Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
👉Pre-Audit on GST summary
👉Advisory on GST / Customs
👉Appeal for refund/penalty/compound
👉Advisory on GST / Customs
👉
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.

Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.

Best Regards,

ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-

Mr.King (010-800 1111)
Cik Lely (017-299 2268)

              
E mail   : zico.con@gmail.com

No comments:

Post a Comment