GST INFO

Saturday 8 October 2016

PEMILIK SYARIKAT TELEKOMUNIKASI DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA GAGAL KEMUKA PENYATA GST



GST: Pemilik syarikat telekomunikasi mengaku bersalah
5 Oktober 2016

IPOH - Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan gagal mengemukakan penyata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tempoh lapan bulan.

Wong Kean Yik, 35, yang juga pengarah Sun Yi Telecommunication Trading membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.


Tertuduh didakwa gagal mengemukakan penyata cukai GST bagi tempoh bercukai dari Mei 2015 hingga Disember 2015 sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Stesen JKDM, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Abdul Razak di sini.

Kesemua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 41 (6) akta sama dan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Kean Yik dalam rayuannya memohon mahkamah menangguhkan keputusan kes itu bagi membolehkannya menyediakan wang secukupnya untuk membayar denda.

Murtazadi kemudian membenarkan permohonan Kean Yik dan menangguhkan keputusan pada 19 Okt ini.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, S. Morgan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama






We at ZiCO Consultant provide the following services:-

👉Preparing GST Computation
👉Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
👉Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
👉Review your Tax Code Mapping / GST System
👉Review GST Computation prepared by your staff
👉Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
👉Pre-Audit on GST summary
👉Advisory on GST / Customs
👉Appeal for refund/penalty/compound
👉Advisory on GST / Customs
👉
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.

Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.

Best Regards,

ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-

Mr.King (010-800 1111)
Cik Lely (017-299 2268)

              
E mail   : zico.con@gmail.com




No comments:

Post a Comment