GST INFO

Wednesday 7 September 2016

Restoran di Pulau Pinang diserbu Kastam kerana gagal patuh GST

Kastam serbu restoran Line Clear kerana gagal patuh Akta GST

September 6, 2016

Pegawai kastam menyiasat restoran Nasi Kandar Line Clear susulan aduan pelanggan yang resit tidak dikeluarkan selepas bayaran dibuat.

GEORGE TOWN: Restoran Nasi Kandar Line Clear yang terkenal di Penang Road di sini diserbu pegawai kastam malam tadi susulan menerima aduan daripada pelanggan yang restoran itu tidak mengeluarkan resit GST (invois cukai).

Kira-kira 9 malam semalam, pegawai kastam yang berpakaian biasa menyamar sebagai pelanggan, mula membuat pemerhatian untuk mengenal pasti sama ada pelanggan diberikan invois cukai atau tidak.


Penolong Pengarah Kastam Pulau Pinang (Unit Pengesanan Registran, GST) Mohd Imran Mohd Roslan berkata pegawainya pergi ke restoran itu selepas menerima aduan yang resit tidak diberikan selepas membuat bayaran.

“Restoran itu nampaknya tidak ada rekod bagi semua transaksi mereka.

“Memandangkan restoran itu juga berdaftar untuk GST, kami akan menyiasat jika mereka mengelak membayar cukai,” katanya.

Imran berkata rakaman kamera pengawasan di restoran itu dirampas sementara dokumen lain berkenaan siasatan itu turut diambil.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 kerana melakukan kesalahan berkaitan pengeluaran invois cukai.

Mereka yang disabitkan bersalah di bawah akta itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM30,000 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya.

Jurucakap restoran Line Clear, Madinah Lokman tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/06/kastam-serbu-restoran-line-clear/





We at ZiCO Consultant provide the following services:-

👉Preparing GST Computation
👉Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
👉Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
👉Review your Tax Code Mapping / GST System
👉Review GST Computation prepared by your staff
👉Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
👉Pre-Audit on GST summary
👉Advisory on GST / Customs
👉Appeal for refund/penalty/compound
👉Advisory on GST / Customs
👉
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.

Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.

Best Regards,

ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-

Mr.King (010-800 1111)
Cik Lely (017-299 2268)

              
E mail   : zico.con@gmail.com





No comments:

Post a Comment