GST INFO

Monday 1 August 2016

PEMILIK KEDAI DIDENDA, GAGAL KELUARKAN INVOIS GST

Pemilik kedai didenda, gagal keluar invois GST 


KUALA TERENGGANU- Gara-gara gagal mengeluarkan invois cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada Mei tahun lalu, seorang pemilik kedai barangan perkakasan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam.



Tidak cukup dengan itu, Muhd Saupi Shahari, 32, turut berdepan hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.
Keputusan dibuat selepas Muhd Saupi mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 32 (2) (a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta 782) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 96 akta yang sama.

Berdasarkan pertuduhan, Muhd Saupi yang berdaftar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta 762) yang membuat pembekalan bercukai didakwa tidak mengeluarkan invois cukai di premis itu di Kampung Wakaf  Mempelam, di sini, jam 10.45 pagi, pada 29 Mei tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Terengganu, Mohd Redzuan Hamdan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Terdahulu, Muhd Saupi dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan hukuman denda kerana memberi alasan pendapatannya yang tidak menentu sejak kebelakangan ini selain dia turut mendakwa tidak mengeluarkan invois kerana ia tidak siap lagi.

Sumber: Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pemilik-kedai-didenda-gagal-keluar-invois-gst-1.542400


We at ZiCO Consultant provide the following services:-

πŸ‘‰Preparing GST Computation
πŸ‘‰Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
πŸ‘‰Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
πŸ‘‰Review your Tax Code Mapping / GST System
πŸ‘‰Review GST Computation prepared by your staff
πŸ‘‰Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
πŸ‘‰Pre-Audit on GST summary
πŸ‘‰Advisory on GST / Customs
πŸ‘‰Appeal for refund/penalty/compound
πŸ‘‰Advisory on GST / Customs
πŸ‘‰
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.

Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.

Best Regards,

ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-
Cik Lely (017-299 2268)
              
E mail   : zico.con@gmail.com

No comments:

Post a Comment