GST INFO

Monday 15 August 2016

8 SYARIKAT BAKAL DIDAKWA KERANA GAGAL HANTAR PENYATA GST

8 SYARIKAT BAKAL DIDAKWA KERANA GAGAL HANTAR PENYATA GST


23 Julai 2016


KUANTAN - Lapan syarikat yang gagal mengemukakan penyata cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) akan didakwa di Mahkamah Kuantan dalam tempoh terdekat.



Pengarahnya, Datuk Sarip Ismail berkata, kesemua syarikat terbabit dikenal pasti selepas pihaknya melakukan semakan baru-baru ini.

Menurutnya, segala bukti berkaitan dengan kesalahan dilakukan lapan syarikat itu berjaya dikumpulkan.

“Buat masa sekarang, pihak kita sedang menunggu kelulusan daripada Pengarah Perundangan Kastam untuk memohon izin kes pendakwaan itu.

“Kita harapkan kelulusan segera dapat diputuskan supaya syarikat berkenaan mendapat hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis sambutan Hari Raya dan Ramah Mesra bersama pelanggan GST 2016 di Pekarangan Wisma Kastam, di sini semalam.

Lapan syarikat itu bakal di dakwa di bawah Seksyen 41 (6) Akta GST 2014, kerana tidak mengemukakan penyata GST-03 dan boleh dikenakan denda maksimum RM30,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan sama, Sarip berkata, sebuah syarikat akan dituduh ke Mahkamah Kuantan awal Ogos ini atas 14 tuduhan memugut GST tanpa kebenaran.

Beliau berkata, syarikat tersebut tidak berdaftar dengan Kastam, namun mengenakan caj GST.


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/lapan-syarikat-bakal-didakwa-1.544331




We at ZiCO Consultant provide the following services:-

👉Preparing GST Computation
👉Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
👉Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
👉Review your Tax Code Mapping / GST System
👉Review GST Computation prepared by your staff
👉Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
👉Pre-Audit on GST summary
👉Advisory on GST / Customs
👉Appeal for refund/penalty/compound
👉Advisory on GST / Customs
👉
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.

Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.

Best Regards,

ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-
Cik Lely (017-299 2268)
              
E mail   : zico.con@gmail.com


No comments:

Post a Comment