GST INFO

Friday 19 August 2016

GST : SYARIKAT DIPERINTAH BAYAR RM889,516



Baki tunggakan GST, Nuemera diperintah bayar RM889,516
Jumaat, 19 Ogos 2016

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan teknologi maklumat, Nuemera (M) Sdn Bhd, membayar baki tunggakan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM889,516.19 yang gagal diserahkan kepada kerajaan Malaysia.


Ini adalah tuntutan saman sivil berkaitan GST yang pertama di negara ini.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif menamakan Nuemera serta tiga pengarahnya, Shahriza Kamaruzzaman, Mohd Noor Amin Mohd Noor Khan dan Nur Jasni Mohamed sebagai defendan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut dinamakan sebagai pihak ketiga dalam tindakan saman itu.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid ketika membuat keputusan itu di dalam kamarnya memerintahkan defendan membuat pembayaran hari ini dan memerintahkan plaintif menarik balik saman itu selepas pembayaran dibuat.

Plaintif diwakili Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Bahagian Penguatkuasaan Cawangan Pendakwaan, KDRM Selangor, Abdul Rasyiddi Ab. Drahman sementara defendan diwakili peguam Carmelila Cheong dan Soo Yee Fei manakala peguam Gabriel Cheah hadir bagi pihak SKMM. Saman itu difailkan pada 15 Januari lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif berkata Nuemera adalah orang kena cukai serta berdaftar di bawah Bahagian IV Akta GST 2014.

Menurut plaintif, selaku orang berdaftar di bawah akta berkenaan, syarikat itu dikehendaki mengemukakan penyata serta membayar cukai yang genap masa dan perlu dibayar kepada plaintif tidak lewat dari tarikh terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai syarikat itu.

Plaintif berkata pada 13 Ogos 2015, pihaknya menerima penyata GST tanpa sebarang bayaran dibuat oleh defendan pertama.

Selanjutnya, plaintif berkata, pihaknya telah mengeluarkan Bil Tuntutan Di Bawah Akta GST 2014 bertarikh 25 Ogos 2015 kepada Nuemera untuk menuntut bayaran GST yang ditaksir sebanyak RM988,351.32 bagi tempoh bercukai 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015.

Plaintif bagaimanapun berkata, Nuemera hanya membuat pembayaran sebanyak RM98,835.13 pada 16 Dis 2015 dan masih mempunyai baki tunggakan sebanyak RM889,516.19.

Menurut plaintif, sehingga ke tarikh writ dan pernyataan tuntutan ini difailkan, walaupun telah melakukan pelbagai usaha, defendan-defendan masih enggan, cuai dan/atau gagal untuk membayar baki tunggakan cukai yang ditaksirkan sebanyak RM899,516.19 bagi tempoh bercukai 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015.

Plaintif berkata, menurut Seksyen 46 Akta sama, tunggakan GST yang ditaksir sebanyak RM899,516.19 bagi tempoh berkenaan boleh didapatkan sebagai satu hutang sivil yang terhutang kepada kerajaan dan pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh ketua pengarah hendaklah menjadi autoriti mencukupi untuk mahkamah memberikan penghakiman bagi amaun GST yang ditaksir.

Sehubungan itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah tunggakan GST yang keseluruhannya berjumlah RM889,516.19, faedah lima peratus setahun terhadap wang yang dituntut dari tarikh pemfailan tuntutan hingga ke tarikh penghakiman dan faedah lima peratus setahun terhadap wang yang dituntut dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh selain relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/184700 





We at ZiCO Consultant provide the following services:-

👉Preparing GST Computation
👉Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
👉Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
👉Review your Tax Code Mapping / GST System
👉Review GST Computation prepared by your staff
👉Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
👉Pre-Audit on GST summary
👉Advisory on GST / Customs
👉Appeal for refund/penalty/compound
👉Advisory on GST / Customs
👉
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.

Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.

Best Regards,

ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-
Cik Lely (017-299 2268)
              
E mail   : zico.con@gmail.com

No comments:

Post a Comment