GST INFO

Monday 1 August 2016

18 PENIAGA DIKOMPAUN KERANA TIDAK PATUH GST

4 syarikat didakwa gagal keluarkan resit GST

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/168162
KOTA KINABALU: Empat syarikat di Sabah didakwa dan dikenakan kompaun selepas gagal menyediakan resit mengandungi butiran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak sistem percukaian itu diperkenalkan tahun lalu. Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah, Datuk Janathan Kandok, berkata kesalahan itu dikesan menerusi pemantauan pegawai JKDM di seluruh negeri. "Syarikat terbabit sudah diambil tindakan dan dikompaun RM5,000. Selain berdasarkan pemantauan, kita menerima dan menyiasat aduan orang ramai berkaitan kesalahan GST. "Kebanyakan yang melakukan kesalahan ini ialah kedai runcit dan restoran," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Peraduan Jom Minta Resit GST, di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi mengesan peniaga atau syarikat yang masih gagal mematuhi peraturan GST di seluruh negeri. Terdahulu, Janathan berkata, Sabah mencatat jumlah pemenang Peraduan Jom Minta Resit GST paling ramai iaitu 118 orang daripada 2,876 orang pemenang yang dipilih di seluruh negara. Beliau berkata, peraduan itu adalah usaha JKDM meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menyimpan resit sebagai rujukan, selain mengenal pasti sama ada sesebuah premis mengenakan GST atau tidak. Katanya, tuntutan hadiah bagi pemenang peraduan itu di Sabah boleh dibuat di pejabat GST JKDM Tanjung Aru, manakala di pantai timur negeri ini tuntutan boleh dibuat di pejabat GST JKDM Sandakan atau Tawau.

18 peniaga dikompaun kerana tidak patuh GST

No comments:

Post a Comment