ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah sedang mengesan lima peratus daripada 14,000 pemilik perniagaan yang gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak ia dilancarkan tahun lalu.
Timbalan Pengarah Kastam Negeri Kedah, Mohd Noor Yusoff berkata, jumlah itu dikesan telah melakukan kesalahan dengan tidak menghantar penyata GST dalam tempoh yang ditetapkan termasuk pemilik yang menghantar penyata namun gagal menyertakan bayaran GST.
"Sekiranya tiada alasan kukuh, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya," katanya kepaad pemberita pada majlis penyampaian hadiah Jom Minta Resit GST di sini hari ini.
Mohd Noor juga mengingatkan peniaga supaya mengeluarkan invois bercukai kepada pelanggan dan sekiranya gagal mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 Akta GST 2014 yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Peniaga perlu mengeluarkan invois bercukai kerana jika gagal peniaga terbabit dilihat telah melakukan kesalahan dengan mengaut keuntungan berlebihan dan cuba mengelak membayar cukai kepada kerajaan. Pengguna juga perlu meminta invois tersebut sebagai bukti kepada pembayaran GST yang telah mereka bayar semasa membuat pembelian," katanya.
Terdahulu, Mohd Noor yang telah menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan Jom Minta Resit GST bagi tempoh cabutan April hingga Mei 2016 di Kedah berkata, daripada 2,876 pemenang yang dicabut untuk memenangi pelbagai hadiah yang disediakan, 73 adalah dari Kedah.
"Ini merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak Kastam dalam memberi insentif kepada pengguna yang telah membayar GST. Ini juga bertujuan untuk menggalakkan pengguna meminta resit bagi setiap pembelian memudahkan mereka mengetahui jenis barangan atau perkhidmatan yang dikenakan GST.
"Bagi yang ingin menyertai peraduan untuk tempoh Jun-Julai ini, penyertaan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web www.myresitgst.com.my atau memuat turun aplikasi mudah alih MyResitGST," katanya.
Hadiah utama cabutan kali ini yang merupakan motosikal Modenas CT 115s telah dimenangi oleh Ahmad Khairul Shahrin Ishak dari Putrajaya manakala Suzana Ismail dari Negeri Sembilan adalah antara pemenang iPhone 6s. - Bernama
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kastam-kesan-pemilik-gagal-kemuka-penyata-gst-1.536239
We at ZiCO Consultant provide the following services:-
Preparing GST Computation
Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
Review your Tax Code Mapping / GST System
Review GST Computation prepared by your staff
Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
Pre-Audit on GST summary
Advisory on GST / Customs
Appeal for refund/penalty/compound
Advisory on GST / Customs
and many more....
Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
Review your Tax Code Mapping / GST System
Review GST Computation prepared by your staff
Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
Pre-Audit on GST summary
Advisory on GST / Customs
Appeal for refund/penalty/compound
Advisory on GST / Customs
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.
Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.
Best Regards,
ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-
Mr.King (010-800 1111)
Cik Lely (017-299 2268)
E mail : zico.con@gmail.com
No comments:
Post a Comment