GST INFO

Tuesday, 9 May 2017

KASTAM KELANTAN BURU 3,474 PENIAGA GAGAL JELASKAN GST


KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)  memburu 3,474 peniaga berdaftar yang masih gagal menjelaskan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM6 juta di negeri ini.

Pengarahnya, Mohd Nasir Yusof berkata, peniaga berkenaan diburu menerusi Operasi Strategi Lautan Biru Kastam (CBOS) 3.0 bermula hari ini hingga 31 Disember tahun ini.

"Seramai 30 pegawai  Bahagian GST, pematuhan serta penguatkuasaan akan ditugaskan membuat audit verifikasi ke atas peniaga berdaftar dari sektor pembinaan dan hartanah, pengusaha restoran, peruncit serta kedai perkakasan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran CBOS 3.0 di Pejabat JKDM Padang Bongor di sini, hari ini.

Mengikut Operasi CBOS 3.0 itu, JKDM akan memberi tempoh 30 hari kepada pemilik syarikat berdaftar supaya melakukan pindaan Penyata GST bermula daripada tarikh pemeriksaan sekiranya verifikasi audit mendapati bayaran yang dibuat peniaga adalah rendah berbanding jumlah pendapatan harian mereka.

"Jabatan tidak teragak-agak mengambil tindakan mahkamah dan mengenakan penalti sehingga 40 peratus daripada amaun yang kurang bayar terhadap syarikat berdaftar yang gagal mematuhi perundangan jabatan," katanya.


Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, antara kesalahan yang sering dilakukan peniaga adalah tidak mengeluarkan penyata, mengeluarkan penyata tanpa bayaran, membuat tuntutan melebihi sepatutnya dan lain-lain.

Beliau berkata, peniaga diberi kuasa mengutip cukai tetapi dalam masa yang sama mereka perlulah bertanggungjawab dengan menyalurkannya semula kepada kerajaan.

"Apa yang mereka kutip itu adalah wang rakyat dan sepatutnya disalurkan pula kepada negara untuk kepentingan rakyat semula. Sepatutnya mereka menjadi 'wira ekonomi negara' dengan berbuat demikian, " katanya. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kastam-kelantan-buru-3-474-peniaga-gagal-jelaskan-gst-1.636949








We at ZiCO Consultant provide the following services:-

👉Preparing GST Computation
👉Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
👉Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
👉Review your Tax Code Mapping / GST System
👉Review GST Computation prepared by your staff
👉Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
👉Pre-Audit on GST summary
👉Advisory on GST / Customs
👉Appeal for refund/penalty/compound
👉Advisory on GST / Customs
👉
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.

Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.

Best Regards,

ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-

Mr.King (010-800 1111)
Cik Lely (017-299 2268)

              
E mail   : zico.con@gmail.com

No comments:

Post a Comment