SUNGAI
PETANI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendedahkan segelintir syarikat
perniagaan dikesan culas dalam soal pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan
(GST) di negeri ini. Selain tidak menjelaskan bayaran walaupun penyata GST
dihantar kepada JKDM, ada peniaga dikesan menipu pengguna dengan tidak
mengeluarkan resit untuk mengaut cukai yang dikenakan kepada pengguna,
sedangkan ia tidak dimasukkan dalam data GST.
Pengarah
JKDM negeri, Johari Alifiah, berkata ia antara taktik digunakan premis atau syarikat
perniagaan untuk mengelak GST, terutama yang berurusan secara dalam talian.