Baki tunggakan GST, Nuemera diperintah bayar
RM889,516
Jumaat, 19 Ogos 2016
Jumaat, 19 Ogos 2016
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan
sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan teknologi maklumat, Nuemera (M)
Sdn Bhd, membayar baki tunggakan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah
RM889,516.19 yang gagal diserahkan kepada kerajaan Malaysia.
Ini
adalah tuntutan saman sivil berkaitan GST yang pertama di negara ini.
Kerajaan
Malaysia selaku plaintif menamakan Nuemera serta tiga pengarahnya, Shahriza
Kamaruzzaman, Mohd Noor Amin Mohd Noor Khan dan Nur Jasni Mohamed sebagai
defendan.
Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut dinamakan sebagai pihak ketiga
dalam tindakan saman itu.
Hakim
Ahmad Azhari Abdul Hamid ketika membuat keputusan itu di dalam kamarnya
memerintahkan defendan membuat pembayaran hari ini dan memerintahkan plaintif
menarik balik saman itu selepas pembayaran dibuat.
Plaintif
diwakili Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Bahagian
Penguatkuasaan Cawangan Pendakwaan, KDRM Selangor, Abdul Rasyiddi Ab. Drahman
sementara defendan diwakili peguam Carmelila Cheong dan Soo Yee Fei manakala
peguam Gabriel Cheah hadir bagi pihak SKMM. Saman itu difailkan pada 15 Januari
lalu.
Dalam
pernyataan tuntutannya, plaintif berkata Nuemera adalah orang kena cukai serta
berdaftar di bawah Bahagian IV Akta GST 2014.
Menurut plaintif,
selaku orang berdaftar di bawah akta berkenaan, syarikat itu dikehendaki
mengemukakan penyata serta membayar cukai yang genap masa dan perlu dibayar
kepada plaintif tidak lewat dari tarikh terakhir bulan berikutnya selepas
berakhirnya tempoh bercukai syarikat itu.
Plaintif
berkata pada 13 Ogos 2015, pihaknya menerima penyata GST tanpa sebarang bayaran
dibuat oleh defendan pertama.
Selanjutnya,
plaintif berkata, pihaknya telah mengeluarkan Bil Tuntutan Di Bawah Akta GST
2014 bertarikh 25 Ogos 2015 kepada Nuemera untuk menuntut bayaran GST yang
ditaksir sebanyak RM988,351.32 bagi tempoh bercukai 1 April 2015 hingga 30 Jun
2015.
Plaintif
bagaimanapun berkata, Nuemera hanya membuat pembayaran sebanyak RM98,835.13
pada 16 Dis 2015 dan masih mempunyai baki tunggakan sebanyak RM889,516.19.
Menurut
plaintif, sehingga ke tarikh writ dan pernyataan tuntutan ini difailkan,
walaupun telah melakukan pelbagai usaha, defendan-defendan masih enggan, cuai
dan/atau gagal untuk membayar baki tunggakan cukai yang ditaksirkan sebanyak
RM899,516.19 bagi tempoh bercukai 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015.
Plaintif
berkata, menurut Seksyen 46 Akta sama, tunggakan GST yang ditaksir sebanyak
RM899,516.19 bagi tempoh berkenaan boleh didapatkan sebagai satu hutang sivil
yang terhutang kepada kerajaan dan pengemukaan suatu perakuan yang
ditandatangani oleh ketua pengarah hendaklah menjadi autoriti mencukupi untuk
mahkamah memberikan penghakiman bagi amaun GST yang ditaksir.
Sehubungan
itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah
tunggakan GST yang keseluruhannya berjumlah RM889,516.19, faedah lima peratus
setahun terhadap wang yang dituntut dari tarikh pemfailan tuntutan hingga
ke tarikh penghakiman dan faedah lima peratus setahun terhadap wang yang
dituntut dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh selain relif
lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/184700
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/184700
We at ZiCO Consultant provide the following services:-
Preparing GST Computation
Preparing GST Output and Input Summary with Kastam Tax Code
Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
Review your Tax Code Mapping / GST System
Review GST Computation prepared by your staff
Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
Pre-Audit on GST summary
Advisory on GST / Customs
Appeal for refund/penalty/compound
Advisory on GST / Customs
and many more....
Filling GST Return (GST 03) trough Kastam TAP System (Online)
Review your Tax Code Mapping / GST System
Review GST Computation prepared by your staff
Providing GST Training (In-House Training / One to One etc)
Pre-Audit on GST summary
Advisory on GST / Customs
Appeal for refund/penalty/compound
Advisory on GST / Customs
and many more....
We have the expertise, experience and resources to handle GST / Customs matters.
Please do not hesitate to contact us for BEST DEAL.
Best Regards,
ZiCO Consultant
(SA0337057-A)
Contact us:-
Cik Lely (017-299 2268)
E mail : zico.con@gmail.com
No comments:
Post a Comment